RSS

Manhattan Fish Market@Ampang Park



Hi Tea @ Sheraton





Nasi Beriani Zam-Zam@Singapore

23-24 September 2011 aritu saya pergi ke Singapore dan sempat singgah ke kedai makan nasi beriani dan murtabak yang terkenal di sana...Nama Kedai Zam-Zam


Acar Buah


Timun Bersos

Kuah Kari

Kuah Dal

Nasi Beriani Ayam

Murtabak Kambing

Satay Station di Ampang

Semalam 26 Julai 2011, kami pergi makan di Satay Station Ampang Branch sempena besday mother in-law..so disertakan gambar sket kat sana...satay ok..lembut dan sedap..so gi la try..


Tempat bakar

Restoran Satay Station


Malam ada persembahan


Gerai-gerai lain


Cawan Satay Station


Ni la dia satay tu...best kan..

Bahan-bahan

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)

BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk

BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi. 




Kuah Durian


Bahan-Bahannye:-

Durian
Gula Melaka
Santan
Sedikit Garam
Daun Pandan


Cara-caranye:-

Masak gula melaka dengan sedikit air sehingga mendidih,masukkan santan+durian+sedikit garam dan daun pandan. Siapp..

POPIA GORENG

Bahan-bahan

  • Kulit popia (ikut suka berapa keping)
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 cawan isi ayam/isi ketam 
  • 1/2 bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 kiub ayam
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
  • sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara

  1. Hiris isi ayam/ketam nipis-nipis
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
  3. Masukkan isi ayam/ketam dan goreng sehingga masak
  4. Masukkan sedikit air
  5. Kemudian masukkan kiub ayam
  6. Masukkan serbuk lada sulah
  7. Masukkan sayur campur
  8. Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
  9. Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
  10. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan

Kuih Cara Berlauk




BAHAN UNTUK INTI DAGING
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 labu bawang besar * Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
BAHAN UNTUK BATER
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumis bawang dan rempah kari hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bahan bater dalam blender dan kisar hingga sebati
  5. Masukkan bahan bater dalam acuan sehingga agak2 penuh dan masukkan sedikit daging tadi.
  6. Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan hidang.  Kalau nak yang manis tu cuma letak gula je sesudu atas bater.