Melting Milo Cake


Blend 1 cawan butter,1 cawan gula dan 3 biji  telur satu persatu

Masukkan 1 sudu teh esen vanilla,1 cawan milo, 2 cawan tepung naik sendiri, susu pekat 3 sudu,susu segar 3 sudu dan blend sehingga gebu

Kukus sehingga masak

Panaskan secara double boiled chocolate masakan,2 sudu butter,2 sudu susu pekat,2 sudu susu segar..(Choc bar ku yang terakhir huhu)

Tuang atas kek..tadaa...
perghh melting giler...yg ni tak hias lansung saje biarkan meleleh tepi pinggan..buruk je

Beef Spaghetti



Bahan-bahannya:-

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa

Parmesan Cheese

(Saya cuma guna Sos Tomato Brand Kimball (untuk spaghetti punya bukan botol panjang tu)...memang sedap..nak guna Prego pun bleh)

Cara-Caranya:-

Rebus spaghetti dan masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.Tabur parmesan cheese kalau suka

Vietnamese Meatball Soup


Bahan-bahannya:

500gm daging termasuk tulang untuk dijadikan air rebusan
100gm gram ikan bilis
1 kiub pati ayam
FishBall
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Taugeh/Sawi/Limau Kasturi/Bawang Goreng (kalau suka)
Boleh guna bihun atau kueytiaw

 


Cara-caranya:
1.Rebus daging dengan air untuk mendapatkan air rebusan bersama bawang putih dan halia.
2.Masukkan bersama-sama kiub ikan bilis dan ikan bilis yang telah di kisar dan masukkan juga gula dan garam serta fishball
3.Hiris daging nipis-nipis untuk diletakkan atas bihun/kueytiaw

Roti Boy Baby

Before bake

Baked!!

Bahan2nye:- (copy from my resepi)

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan. 

Sambal Ikan Bilis dan Kentang

Senang je buatnye...Goreng Ikan Bilis dan Kentang dan buat sambal...gaulkan je..nak sedap tambah kacang dengan terung goreng..