Chocolate Cake Kukus


Ni kek birthday anak sulung...just buat Chocolate Cake je sebab dia suka..tulisan tu pakai bantai pon jadi hehe...

Bahan2nye
  • 2 cawan tepung naik sendiri (blue key)
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
Senang je buatnye...masukkan semua bahan ..kacau dan kukus dalam sejam setengah...takpun cucuk garfu kat tengah tgk dia melekat atau tak...kalau tak melekat tu kira dah masak la...tunggu sejuk dan ganache kan...;p



Chocolate Cheese Cake

Tak mekapkan cake ni..malas..mase ni tgh demam huhu

Lihatlah cheese yang menggebu itteww..

Bahan2nye:

       Bahan A
  • 180g butter (buttercup)
  • 20g serbuk koko
  • 170g gula kastor (agak2 kalau tak nak manis)
  • 120g tepung naik sendiri (bluekey) 
  • 3 biji telur
      Bahan B
  • 250g krim cheese
  • 60g gula kastor (kalau xnak manis buh sket je)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla esen
  • 2 sudu teh susu segar

Cara-cara

  1. panaskan oven 160 C
  2. campurkan adunan (A) gula kastor dan butter, kacau sehingga adunan menjadi putih. tambahkan telur satu demi satu, kacau sehingga lembut.
  3. tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau
  4. dalam mangkuk adunan yang lain - campurkan cream cheese, esen vanilla, gula kastor dan kacau. tambahkan telur dan susu kemudian kacau adunan sehingga sebati
  5. Buat adunan>>lapis bawah coklat...pastu buh cheese pastu coklat balik...bakar dalam 40 menet

Pizza Home Made




Bahan2nye

250 gm tepung gandum/roti
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
2 sudu teh yis kering/mauripan (campur 1/2 cawan air suam, biar hingga kembang)
2 sudu makan minyak zaitun
1/2 biji capsicum hijau dan merah (topping)
4 batang sosej dipotong bulat nipis (topping)
1/2 biji bawang besar didadu (topping)
Serbuk oregano, sos pizza dan keju mozzarella

Cara2nye

  1. Gaulkan semua bahan kecuali yis
  2. Masukkan yis sedikit-sedikit sambil menguli.
  3. Uli hingga doh menjadi lembut & licin tak melekat di tangan. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan hingga naik 2 kali ganda.
  4. Tumbuk doh untuk buang angin dan canai membentuk bulat seperti pizza biasa.
  5. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Sapukan sos pizza kemudian letakkan bahan topping mengikut citarasa.
  6. Akhir sekali taburkan serbuk oregano & keju mozzarella dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 min.

Cakoi


Bahan2nye:-

  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • ¼ sudu kecil instant yeast (saya guna mauripan)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 1 sudu besar minyak
  • Minyak utk menggoreng

Cara-caranye:-

  1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.
  2. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
  3. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm dan biar rehat selama 10-15 minit lagi.
  4. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.
  5. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
  6. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan

Choco Muffin


Bahan2nye:

2 cawan Tepung Naik Sendiri
3/4 Serbuk Koko
1 Cawan Gula (agak2 kalau nak manis buh lebih sket)
1 Cawan Minyak
1 Cawan Susu Segar
1 Sudu Butter
1/2 sudu teh Soda Bikarbonat
1/2 sudu teh Esen Vanilla

Mix hingga gebu dan bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 15 minit.





Gulai Kawah


Bahan2nye

Daging Batang Pinang (agak2 nak potong banyak mane)
Rempah Masak Cap Rose
Rempah Gulai Cap Rose (Campurkan kedua2 rempah dan lumurkan pada daging)
Cili Boh (Agak2)
Bawang Merah Kisar
Bawang Putih (Tumbuk skali je nak bagi bau)
Bunga Lawang,Kulit Kayu Manis (Agak2)
Sedikit Air
Kentang

Cara buatnye:

Tumis semua bahan dan bila dah wangi masukkan daging...masak hingga empuk..(nak dekat2 masak buh kentang)...macam saya buh sket belimbing buluh sebab dah stok sket kat peti....
Rempah tu tak tau la kat KL ada ke tak sebab saya beli kat Terengganu

Kebab Roti Pita

Kebab ni mak suh buat..so saya buat je petang tu..lagi simple

Bahan-bahannye

Roti Pita
Daging Cincang
Cili Sos
Lada Hitam (Kalau nak)
Bawang (Potong Dadu)
Mayonis
Marjerin
Timun (kalau suka)

Masakkan semua bahan diatas dan masukkan dalam roti pita...roti tu  buh marjerin dulu

Ayam Panggang Khaliq

Senang giler panggang ayam ni..meh cube:


Bahan2nye

Ayam
Sos Cili
Kicap
Sos Tiram
Lada Hitam (Ditumbuk)
Garam
Bawang Merah Kisar

Care Buat

Lumurkan semua dan panggang dalam suhu 200 dalam 30-40 menet.  Bila panggang, minyak ayam dan bahan yang dilumur akan keluar dan boleh jadi kuah die...

Roti

Malam tadi buat roti plak...budak2 bawak bekal ke skolah

Ni gambo sebelum bakar...



Ni gambar selepas


Bahan

2 sudu teh sudu mauripan
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter
Tepung gandum (agak-agak untuk menguli)

Cara membuatnye:-

Campurkan mauripan dgn air suam dan biarkan seketika
Masukkan 1/2 cwn gandum,gula,butter dan kacau...masukkan pula air mauripan tadi dan kacau lagi
Peh tu masukkan tepung gandum sket2 sampai jadi doh (kalau tak melekat kat tangan tu kira dah ok le tuh)
Uli bulat dan buh atas bekas pembakar yang dah dibuh kertas pembakar tu ( bulat2 tu sukati besar mane)
Bila dah siap tunggu hingga 45 menet hingga doh jadi 2x ganda
Bila dah double size bakar dalam 10-15 menet pada suhu 180. Sebelum bakar buh minyak sket atas roti...

Tapi roti ni manis+tawar gitu2 ...kalau nak masin sket buh la garam (agak2)

Buttermilk Cake

Kek ni start masak kul 11 malam...tunggu anak2 tdo dlu...dapatla dua acuan..gambo ni kek blom makeup lagi..yang terpotong tu En.Hubby dah makan dulu..makan panas2 sedap..rangup


Resepinye

2 Cawan Tepung Naik Sendiri
3 Biji Telur
1 Cawan Gula
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1/2 Cawan Susu Segar
1/2 Buku Butter

Cara membuatnya:

Mixkan semer dan masuk dalam acuan...senang gler...suhu 170 bakar 40 menet..


Apam Takde Name

Yang ni hentam je...apam tu putih je so letak je sirap rose untuk melawakan dier


  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam mixer/blender dan kukus sampai masak...anggaran 45 menet...senangkan:)

Pau Kari Ayam

Pau ni blaja kat tenet gak...menggerutu sket sebab buh gula kasar...tapi ok le tu;p

Resepi ni copy kat tenet
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

Apam Jagung


Bahan-bahan:
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm jagung dalam tin
225gm tepung naik sendiri

Cara-cara:-

Pukul telur, mentega dan gula sehingga kembang.  Lepas tu masukkan tepung,susu segar dan jagung dalam tin dan kacau lagi. Kukuskan sehingga masak

Tiramisu

Ni la hasilnya..my first tiramisu cake...nyum...nyum;p

Nak buat senang jer..

Kek Span yang dah siap (ataupun bley guna apa2 kek atau biskut)
250gm Whipped Cream
250gm Cheese Cream
1 Cawan Gula (boleh kurangkan kalau x nak manis)
1 Sudu Besar Nescafe
1/2 Cawan Air Panas
Serbuk koko (nak buh milo pon bley)

WC,CC dan Gula dipukul sampai kembang dan gebu
Potong cake kepada 2 bahagian
Campurkan air panas dan nescafe
Curahkan air nescafe kat layer bawah cake dan sapukan cream
Letak layer atas dan tuangkan lebihan cream sehingga menutup cake
Masukkan dalam peti sejuk
Taburkan serbuk koko apabila ingin dihidangkan...